Tuesday, June 9, 2015

GERAK KERJAN 5.0 : FINAL TOUCH

DEBARAN MAKIN TERASA 

Bismillah, Assalamualaikum semua,.


Alhamdulillah kami berkesempatan bertemu lagi pada malam ni :)9 JUN 2015, 8.30 malam di PMUKM (persatuan mahasiswa UKM,)(....psst. untung ada ahli kumpulan MPP ni,. boleh tumpang bilik)


Alhamdulillah ya Allah!! Rezeki hari ini semua orang bawak makanan dan kami makan sehingga kekenyangan.  
eh! ada ahli kumpulan tambahan ke?
Baiklah, untuk gerak kerja malam ini, kumpulan kami memperkemas perisian web dan menambah sedikit hiasan dan aksesori tambahan. Almaklumlah,.. dengar dengar ade penilaian BONUS!. kita usahakan ye :)

Selain itu, kami pun dah lakukan persiapan untuk pembentangan esok, kami dah bahagikan "part" masing-masing dan insyaAllah semua akan terlibat esok.

Walaupun penilaian utama pada hasil kerja web, kami tak ketepikan aspek kekemasan diri, pakaian dan kreativiti dalam pembentangan.

Tunggu  esok!

Semoga Allah mudahkan semua!.

nah  kami belanja sikit ^^

jeng jeng jeng!! nantikan hasilnya esok!





Murtabak ada, bubur nasi ada, tau fu fa ada, keropok ada, cendol ada....macam-macam ada!







oh ya! tak dilupakan, sy turut update kehadiran sahabat sahabat lain di sini. Tekun semua menghadap kerja masing masing. semua pun mengunyah je tak berhenti dari tadi.

(Encik Akmal, kami tolong updatekan kawan kawan lain punya progress,. semuanya rajin rajin belaka^^)  



Mentang-mentang kumpulan CHEF JALANAN, makan saja dari tadi. Meriah!



Semoga semua Allah nilai sebagai satu ibadah buat kita semua. Nilai tambah bila berpeluang mempelajari satu lagi cabang ilmu yang bermanfaat ini.Sabiluna, JIHAD!

kumpulan kami :
WANITA: kesihatan, kerjaya, & kesempurnaan



Jazakallah!


Sunday, June 7, 2015

GERAK KERJA 4.0 : PEMBINAAN PROJEK


7 JUN MERAKAM SEJARAH



Bismillahirahhmanirrahim.
Assalamualaikum wrb.wkt.

Tepat jam 10.00 pagi lagi kami berempat telah bertentang mata tertemu muka demi menatijahkan satu hasil yang akan dipersembahkan pada 10 Jun 2015 nanti. mudah mudahan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah.

kami sampai terlupa makan sebab terlalu asyik melakukan gerak kerja.

buat teman teman yang lainnya, teruskan melangkah membuat tugasa dengan ikhlas dan jayanya. semoga Allah bantu.

Pertemuan kami belum terhenti sekarang ini,. mungkin sehingga larut malam nanti. As a reward,. malam nanti nak makan roti telur di kedai mamak seksyen 16.

Gerak Kerja berlangsung seperti yang dirancang dan semua memberikan komitmen yang baik terhadap amanah yang telah diberikan.

selamat maju jaya semua,.

nah saya belanja!

SITI SYAKIRAH BINTI SAHIDAN
 Jengka, Pahang.
25 Tahun
Bujang (not Available)















IZWATUL JANNAH BINTI ABD LATIF
SEREMBAN
23 TAHUN
(masih dalam proses mengenal hati budi) hehe












ZAKIAH BINTI NAWAWI
24 TAHUN
TANJUNG MALIM
(Tunangan orang) :)













SITI NORBAHIJAH BINTI MOHD ZAKI
23 TAHUN
BESUT,TERANGGANU
BUJANG (Masih mencari)

Wednesday, March 18, 2015

GERAK KERJA 3.0 : PEMBENTANGAN PROJEK

18 Mac 2015 , 3.15PM,- Alhamdulillah, hari ini selesai pembentangan pertama kami untuk "Final Project" yang bertajuk Wanita : Kehidupan, Kerjaya & Kesempurnaan. Bertemakan “Being a Contemporary Muslimah”.

Cadangan laman web yang telah kami bentangkan diterima dan mendapat sedikit penambahbaikan dalam membina laman web tersebut.

Antara input yang telah dibentangkan adalah berkaitan :
1. Tujuan
2. Objektif
3. Spesifikasi Web
4. Persembahan Laman Web
5. Cadangan Templete & Layout


Alhamdulillah dan terima kasih buat En Akmal Aris, Sahabat kumpulan & sahabat sekelas atas kritikan dan cadangan.

Bahagia : Selesai pembentangan


Monday, March 16, 2015

PROPOSAL : WANITA : KEHIDUPAN, KERJAYA & KESEMPURNAAN

WANITA : KEHIDUPAN, KERJAYA & KESEMPURNAAN

~Being a Contemporary Muslimah~





1.0 Pendahuluan

Wanita itu adalah perhiasan dunia, seindah hiasan adalan Wanita Solehah. Malah kata sang pujangga juga ada menyebut tangan wanita itu bisa menggoncang dunia. Oleh yang demikian, kami berasa terpanggil bagi membangunkan satu medium yang menggabungkan beberapa elemen-elemen kewanitaan yang di sulam kemajuan teknologi hari ini.

Sistem laman web ini dibangunkan sebagai salah satu platform yang meliputi kehidupan seorang wanita secara keseluruhannya. Baik dari aspek sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan juga wanita yang berjaya dalam bidang kerjayanya. Laman web ini bertemakan“Being a Contemporary Muslimah”.

Antara inti yang dikupas dan disediakan adalah, tips menjaga kesihatan dan kecantikan diri, 1001 resepi untuk keluarga tersayang, panduan ibadah wanita dan pendidikan awal kanak-kanak, serta meliputi nasihat dan petua-petua memudahkan kehidupan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, malah disediakan juga perkongsian motivasi dari wanita yang bekerjaya. Pendek kata, laman web ini menyediakan kehidupan lengkap yang sempurna bagi wanita yang bekerjaya hatta sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Penggurusan rumah tangga yang tidak terabai dek kesibukan kerjaya di samping dapat memantau pemkembangan dan pembesaran anak-anak malah tidak terabai dalam pengurusan diri sendiri. Semoga Sukses selalu wahai para wanita!!



2.0 Tujuan

Penyediaan info-info menarik berkaitan wanita sebagai contoh tips sebagai isteri dan ibu berjaya, cemerlang dalam kerjaya dan memiliki kehidupan yang sempurna sebagai seorang wanita.


3.0 Objektif


3.1 Memberikan kemudahan kepada pengguna dalam memahami realiti kehidupan seorang wanita.


3.2 Menyediakan medium perkongsian pengalaman dan tips khusus berkaitan wanita.


3.3 Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan info berkaitan wanita.


4.0 Maklumat domain.


Pembangunan laman web ini adalah untuk memudahkan para pengguna dalam memahami realiti kehidupan seorang wanita, memudahkan pengguna berkongsi pengalaman dan masalah khusus berkaitan wanita serta memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan info berkaitan wanita. Demikian itu, pendekatan web ini lebih kepada pengisian, perkongsian dan penyebaran wanita muslimah agar nampak lebih berjiwa muslimah kontemporari selari dengan perkembangan dunia semasa.


5.0 Maklumat pengguna.

5.1 Khususnya kepada wanita di seluruh dunia. Lingkungan peringkat umur antara 12 tahun sehingga 60 tahun.

5.2 Umum kepada semua lapisan masyarakat. Dimana melibatkan semua wanita yang beragama Islam.


6.0 Spesifikasi Web


6.1 Overview

Laman web yang akan ditubuhkan ini akan memberi kemudahan kepada pengguna wanita berkaitan kewanitaan dengan menggunakan aplikasi web yangmenjadi kemudahan kepada pengguna teknologi hari ini untuk mengakses sebarang laman web.


6.2 Senarai Halaman utama

Home – Menunjukkan keseluruhan input di dalam laman tersebut.
About us – Kemudahan untuk hubungi admin laman we
Pengisian 1.0 – Berkaitan diri wanita, Kerjaya dan Kehidupan
Pengisian 2.0 – Tips Kecantikan dan kesihatan, Kongsi Resepi , Busana , Ibadah dan Keilmuan
Pengisian 3.0 ­– Forum dan iklan

6.3 Gaya persembahan

Gaya persembahan di dalam laman web ini menggunakan dua muka, pertama muka hadapan dengan berlatarkan gambar pada setiap kompenan yang akan diketengahkan. Kedua, muka dalaman iaitu berlatarkan pengisian maklumat mengikut pilihan . Disediakan dalam warna yang pelbagai , gambar yang menarik dan mengikut peredaran masa sekarang.


7.0 Persembahan Laman Web yang akan dibangunkan



















Friday, March 13, 2015

GERAK KERJA 2.0

PERJUMPAAN PERTAMA 

12 MAC 2015 (KHAMIS)

TEMPAT : PTSL

MASA : 2.30 PM – 5.00 pm





Perbincangan 1.0 :

1) Pemilihan template

2) Draft proposal

3) Draft laman web yang akan dibangunkan



Pembahagian tugas :

1) Mencari contoh-contoh laman web sebagai rujukan untuk membangunkan laman web baru (Idea)

2) Memilih beberapa template yang bersesuaian

3) Mencari sumber-sumber berkaitan “wanita” untuk dimuatkan dalam laman web.

4) Menyiapkan kertas kerja

5) Perbincangan mengenai input yang akan diletakkan.



Tajuk laman web yang akan dibangunkan :

1. Berkaitan kehidupan seorang wanita

2. Tajuk – Wanita : Kehidupan, Kerjaya & Kesempurnaan

3. Konsep : Being a contemporary Muslimah









GERAK KERJA 1.0

Pada hari Rabu, bersamaan 4 Mac 2015, kami sekumpulan 4 orang




Kami telah menubuhkan group di facebook bagi memudahkan update gerak kerja, kerja-kerja telah dibahagikan dan kami telah mewujudkan blog ini. sejurus selepas grop dibuat di facebook, kami akan membincangkan tajuk yang bersesuaian dengan jabatan kami iaitu jabatan dakwah. cadangan-cadangan akan dikumpulkan di grop facebook dan keputusannya akan di post di blogspot masa terdekat.