Monday, March 16, 2015

PROPOSAL : WANITA : KEHIDUPAN, KERJAYA & KESEMPURNAAN

WANITA : KEHIDUPAN, KERJAYA & KESEMPURNAAN

~Being a Contemporary Muslimah~





1.0 Pendahuluan

Wanita itu adalah perhiasan dunia, seindah hiasan adalan Wanita Solehah. Malah kata sang pujangga juga ada menyebut tangan wanita itu bisa menggoncang dunia. Oleh yang demikian, kami berasa terpanggil bagi membangunkan satu medium yang menggabungkan beberapa elemen-elemen kewanitaan yang di sulam kemajuan teknologi hari ini.

Sistem laman web ini dibangunkan sebagai salah satu platform yang meliputi kehidupan seorang wanita secara keseluruhannya. Baik dari aspek sebagai seorang wanita, isteri, ibu dan juga wanita yang berjaya dalam bidang kerjayanya. Laman web ini bertemakan“Being a Contemporary Muslimah”.

Antara inti yang dikupas dan disediakan adalah, tips menjaga kesihatan dan kecantikan diri, 1001 resepi untuk keluarga tersayang, panduan ibadah wanita dan pendidikan awal kanak-kanak, serta meliputi nasihat dan petua-petua memudahkan kehidupan sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, malah disediakan juga perkongsian motivasi dari wanita yang bekerjaya. Pendek kata, laman web ini menyediakan kehidupan lengkap yang sempurna bagi wanita yang bekerjaya hatta sebagai seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Penggurusan rumah tangga yang tidak terabai dek kesibukan kerjaya di samping dapat memantau pemkembangan dan pembesaran anak-anak malah tidak terabai dalam pengurusan diri sendiri. Semoga Sukses selalu wahai para wanita!!



2.0 Tujuan

Penyediaan info-info menarik berkaitan wanita sebagai contoh tips sebagai isteri dan ibu berjaya, cemerlang dalam kerjaya dan memiliki kehidupan yang sempurna sebagai seorang wanita.


3.0 Objektif


3.1 Memberikan kemudahan kepada pengguna dalam memahami realiti kehidupan seorang wanita.


3.2 Menyediakan medium perkongsian pengalaman dan tips khusus berkaitan wanita.


3.3 Memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan info berkaitan wanita.


4.0 Maklumat domain.


Pembangunan laman web ini adalah untuk memudahkan para pengguna dalam memahami realiti kehidupan seorang wanita, memudahkan pengguna berkongsi pengalaman dan masalah khusus berkaitan wanita serta memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan info berkaitan wanita. Demikian itu, pendekatan web ini lebih kepada pengisian, perkongsian dan penyebaran wanita muslimah agar nampak lebih berjiwa muslimah kontemporari selari dengan perkembangan dunia semasa.


5.0 Maklumat pengguna.

5.1 Khususnya kepada wanita di seluruh dunia. Lingkungan peringkat umur antara 12 tahun sehingga 60 tahun.

5.2 Umum kepada semua lapisan masyarakat. Dimana melibatkan semua wanita yang beragama Islam.


6.0 Spesifikasi Web


6.1 Overview

Laman web yang akan ditubuhkan ini akan memberi kemudahan kepada pengguna wanita berkaitan kewanitaan dengan menggunakan aplikasi web yangmenjadi kemudahan kepada pengguna teknologi hari ini untuk mengakses sebarang laman web.


6.2 Senarai Halaman utama

Home – Menunjukkan keseluruhan input di dalam laman tersebut.
About us – Kemudahan untuk hubungi admin laman we
Pengisian 1.0 – Berkaitan diri wanita, Kerjaya dan Kehidupan
Pengisian 2.0 – Tips Kecantikan dan kesihatan, Kongsi Resepi , Busana , Ibadah dan Keilmuan
Pengisian 3.0 ­– Forum dan iklan

6.3 Gaya persembahan

Gaya persembahan di dalam laman web ini menggunakan dua muka, pertama muka hadapan dengan berlatarkan gambar pada setiap kompenan yang akan diketengahkan. Kedua, muka dalaman iaitu berlatarkan pengisian maklumat mengikut pilihan . Disediakan dalam warna yang pelbagai , gambar yang menarik dan mengikut peredaran masa sekarang.


7.0 Persembahan Laman Web yang akan dibangunkan



















No comments:

Post a Comment